Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Murtada Muqtadayi petang tadi dalam ucapannya tentang 'Perluasan Pengetahuan dalam Fiqh dan Fiqahat' di Kompleks Kebudayaan Hashimzadeh, Kasyan berkata, "Kewajiban kita terutamanya tentang masalah Bahrain adalah memohon doa untuk kemenangan umat Islam negara ini, dan kita mohon daripada Allah untuk kehancuran regim Al Saud dan Al Khalifah yang mengkhianati al-Quran dan Islam".
Beliau menyatakan kebangkitan dan kesedaran umat Islam serantau telah mengambil inspirasi daripada Revolusi Islam Iran dan berkata, "Penentang kerajaan Republik Islam pun mengakui tentang masalah ini iaitu kebangkitan-kebangkitan umat Islam serantau telah menerima kesan daripada Revolusi Islam Iran".
Mudir Hawzah Ilmiyah menambah, "Malangnya, negara-negara Islam seperti Mesir, Bahrain dan Tunisia hari ini kosong dari kepemimpin ideal".
Beliau dalam menjawab tentang keperluan umat Islam terhadap Hawzah Ilmiyah berkata, "Pelajar-pelajar muda perlu tahu bahawa pembelajaran ilmu agama merupakan taufiq dan nikmat ilahi, dan cara bersyukur terhadap nikmat ini adalah dengan belajar dengan baik dan tekun, ini disebabkan hawzah-hawzah perlu menjawab keperluan-keperluan seharian masyarakat hari ini".
Beliau selaku anggota Majlis Khubregan Rahbar mengingatkan, "Imam Khomeini selaku salah seorang anak-anak yang dibesarkan di Hawzah Ilmiyah, beliau telah mengejutkan dunia dengan menegakkan kerajaan Islam. Musuh Islam merasai ketakutan".
ucapan beliau turut menyentuh tentang hari guru yang diilhamkan sempena kesyahidan Ayatullah Murtadha Mutahhari. Kata beliau, "As-Syahid Muthahhari tidak dapat diragui lagi, beliau individu teladan dalam kecerdikan buat seluruh penimba ilmu di hawzah, beliau adalah seorang ulama yang terbaik untuk diteladani oleh seorang pelajar."